Sabtu, 30 April 2011

Rabu, 02 Februari 2011

Guru

Guru
Sekecil apapun tugasmu 
sekadar mengajar di surau
atau di pondok
atau pesantren
atau di rumah
kau tetap bergelar guru

Tak pernah kau lelah
mengajar
mendidik
membimbing
anak bangsa
tanpa mengira usia
Tugasmu
tak semudah namamu

guru
kau digelar
Cikgu – Ustaz – Ustazah
walau kekadang kau tak punya tauliah
kau curah ilmu yang ada
tanpa pernah fikirkan imbuhan
biar itu kerja Tuhan

Guru
kau sentiasa belajar
dengan guru lain
waima seorang ustaz dari seberang
kita tak pernah pilih bulu
asalkan ilmu yang disampaikan
sesuai dengan As-Sunnah Wal-Jama’ah
Ilmu Al-Quran itu
bukan sembarangan ilmu
yang harus dikaji
digali
dihafali
dipraktiskan
lalu disampaikan
Orang yang mahu belajar adalah orang hidup
Orang yang tidak mahu belajar umpama orang mati
Tanpa mengira usia
selalu guru berpesan
belajarlah hingga hembusan nafas terakhir

Guru
kau mengajar
kau belajar
kau mendidik
kau terdidik

oh Guru.......